PEPATAH
1.
Pepatah merupakan sejenis peribahasa yang berangkap.
2.
Peribahasa ini berisi nasihat, pengajaran, dan panduan
hidup.
3.
Lazimnya, pepatah berbentuk susunan berangkap dan
terdapat perulangan kata untuk penegasan atau unsur-unsur pengajaran yang
hendak disampaikan.
4.
Pepatah juga dapat memberikan dorongan dan kata-kata
semangat kepada si pengucap atau orang lain yang mendengar ungkapan pepatah
tersebut.
CONTOH PEPATAH
1.
ada gula, ada semut –
di mana ada rezeki banyak, di situ banyak orang.
2.
ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
–
jika ada wang, sesuatu pekerjaan itu akan mudah
selesai.
3.
air sama air, sampah ke tepi juga –
seseorang yang campur tangan dalam pergaduhan antara
adik-beradik, akhirnya akan diketepikan apabila adik-beradik itu berbaik
semula.
4.
ada ubi ada batas, ada budi boleh balas –
semua perbuatan baik atau jahat pasti ada balasannya.
5.
alah bisa tegal biasa –
pekerjaan yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan.
6.
alah membeli, menang memakai –
biar mahal asalkan tahan lama
7.
alah sabung menang sorak –
walaupun kalah tapi masih berlagak.
8.
anak di pangkuan dilepaskan, kera di hutan disusui –
mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.
9.
angguk bukan, geleng ya –
di mulut lain, di hati lain.
10. ayam terlepas, tangan bau tahi –
ingin mendapatkan untung yang banyak tetapi akhirnya
menanggung kerugian atau malu.
11. bagaimana acuan begitulah kuihnya –
perangai anak biasanya menyamai perangai ibu bapanya.
12. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
–
walaupun ada kelebihan diri tetapi tidak sombong.
13. banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam –
tiap-tiap orang mempunyai pendapat dan kemahuan yang berlainan
14. belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah
dating –
orang yang arif dan rajin.
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian –
menikmati kesenangan selepas bersusah payah.
16. berani kerana benar, takut kerana salah –
orang yang bersalah tidak akan bersifat berani
17. berat mata
memandang, berat lagi bahu memikul –
hanya orang
yang mengalami penderitaan itu yang tahu akan
kesusahan
sebenar.
18. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing –
bekerjasama
19. bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam
dengar-dengar –
berhati-hati ketika berkata-kata
20. berdiri sma tinggi, duduk sama rendah –
setaraf ; sama padan.
21. bukan salah ibu mengandung –
mendapat malang disebabkan perbuatan sendiri
22. cepat kaki, ringan tangan –
cekap membuat kerja dan suka menolong.
23. carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga –
pertengkaran antara adik-beradik biasanya akan berbaik
semula.
24. buang yang keruh, ambil yang jernih –
berdamai dan melupakan perselisihan yang berlaku.
25. cubit paha kanan, paha kiri terasa juga –
apabila seseorang yang amat rapat dengan kita
teraniaya, kita turut merasai.
No comments:
Post a Comment